Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, October 15, 2012

Habuan menanti pemain Kelantan

su_01.1

GANJARAN istimewa menanti para pemain Kelantan sekiranya mereka berjaya merangkul tiga kejuaraan termasuk Piala Malaysia, Sabtu ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, ganjaran istimewa tersebut akan diumumkan oleh beliau selepas mengadakan mesyuarat dengan ahli majlis Kafa di Kota Bharu hari ini.

“Esok (hari ini) kita akan umumkan bentuk ganjaran tersebut setelah pihak pengurusan mendengar syor-syor yang akan saya kemukakan. Ini adalah satu bentuk penghargaan yang besar dan belum pernah diberikan kepada mana-mana pemain di negara ini.

“Layak ke separuh akhir dan akhir, Kafa memperuntukkan insentif berjumlah RM200,000. Sebanyak RM75,000 telah diagihkan sebelum ini dan selebihnya RM125,000 akan diberikan kepada pemain esok (hari ini),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan dan Penyampaian Barangan Kepada Peserta Azam Tani Peringkat Parlimen Ketereh dekat Kota Bharu semalam.

Tambahnya, inilah masa untuk pemain The Red Warriors mencipta sejarah tersebut memandangkan mereka berada di landasan tepat untuk melakukannya.

Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, Kafa akan melangkah setapak lagi ke hadapan musim hadapan apabila pasukan Kelantan akan diuruskan oleh sebuah syarikat yang berdaftar iaitu The Red Warriors.Com.

Katanya, langkah tersebut bertujuan untuk memperkasakan lagi pasukan dan akan diuruskan oleh seorang ketua pegawai eksekutif yang akan mempunyai pengalaman luas dalam dunia bola sepak sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Pengurusan Kafa tidak boleh dibuat secara sambilan, jadi sebab itulah kita menubuhkan syarikat ini bagi memudahkan sistem pengurusan dijalankan secara sempurna.

“Syarikat ini akan berpangkalan di Kuala Lumpur yang akan menguruskan pelbagai aspek termasuklah penajaan dan barangan cenderamata. Ini adalah salah satu pembaharuan yang dibuat dalam memperkasakan lagi The Red Warriors.

“Begitu juga dengan penajaan bagi musim hadapan. Untuk musim hadapan kita akan mencari penajaan yang mempunyai misi global seiring dengan jenama The Red Warriors yang beraksi di peringkat antarabangsa,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, hampir semua pemain Kelantan akan kekal bersama pasukan untuk saingan liga musim hadapan.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...