Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, November 11, 2013

Al-Fatihah: Pelawak Veteran – Ahmad Busu Meninggal Dunia

 

ahmadbusuPelawak terkenal sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu era 90-an, Ahmad Busu meningal dunia selepas

maghrib  di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Allahyarham yang berumur 60-an  menderita penyakit kencing manis sebelum ini dikejarkan ke hospital berkenaan apabila terkena serangan strok.

Selain sitkom yang disebut di atas, Allahyarham juga terkenal sebagai pelakon komedi untuk rancangan 2+1 dan Camni Camtu.

Biarpun memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978, namun jiwa komedi yang mengalir dalam diri Allahyarham tetap utuh.

Beliau pernah mencuba untuk berlakon serius namun lama kelamaan watak yang dipegangnya masih menjurus ke arah komedi.

Ahmad Busu masih bekerja di Lembaga Pelabuhan Klang dan lakonan pentas dijadikan sebagai minat dan kerjaya sambilan sehinggalah pementasan teater komedi Kampung Sri Wangi pada tahun 1983 membawa tuah kepadanya.

Teater tersebut menarik minat stesen TV3 untuk dijadikan sitkom televisyen berjudul Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada 1985.

Sitkom itu bertahan selama 18 tahun sehingga 2003 dan menjadi sitkom paling lama di negara ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...