Itali – Pihak berkuasa di bandar Vietri Sul Mare yang terletak di tepi laut Amalfi mengharamkan pengunjung pantai daripada berbikini atau
mendedahkan badan keterlaluan.
Gagal mengikut peraturan itu, mereka boleh dikenakan denda sebanyak €500.
Tindakan itu diambil bagi menjaga imej pantai berkenaan daripada pengunjung yang gemar menayangkan sebahagian besar badan mereka.
Larangan itu pertama kali diwujudkan pada 2010 namun ia hanya dikuatkuasa oleh Datuk Bandar, Franci Benincasa, baru-baru ini.
Jelas Benincasa, pengunjung yang datang ke pantai itu perlu mematuhi peraturan berkenaan dan mereka akan dipantau dengan ketat oleh polis.
Larangan itu turut melibatkan mereka yang mendedahkan badan di kawasan awam.
Dalam pada itu, suruhanjaya polis tempatan, Vincenzo Alfano, larangan itu dibuat bagi melindungi penduduk setempat dan pelancong di kawasan berkenaan.
“Kami terpaksa menyaksikan perbuatan sumbang dan senario yang memalukan apabila ada orang yang masuk ke tempat awam tanpa memakai pakaian atau berpakaian kurang sopan.
“Pada pandangan kami, aia merupakan tingkah laku yang perlu dibendung,’’ katanya.
Vietri Sul Mare bukan bandar pertama yang melaksanakan peraturan itu sebaliknya pada 2010, sebuah bandar Castellammare telah meluluskan undang-undang sama.
No comments:
Post a Comment