Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, July 1, 2013

Gambar paling comel Elfira Loy tahun 2012

Gambar paling comel Elfira Loy 3Gambar paling comel Elfira Loy, pelakon dan pengacara wanita yang

semakin meningkat naik di Malaysia. Ini terbukti apabila pengarah terkenal, Micheal Ang telah memberinya peluang untuk membawakan watak remaja dan bukan lagi kanak-kanak khususnya menerusi telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan drama bersiri, Dalam Hati Ada Taman. Bagi Elfira, jika sebelum ini umum hanya mengenalinya sebagai pelakon kanak-kanak tetapi tahun 2012 merupakan tahun cemerlang bagi pelakon berusia 18 tahun itu. - Kosmo

Menerusi kepercayaan yang diberikan oleh pengarah Micheal Ang dan juga bakat lakonannya yang bersahaja dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang serta Dalam Hati Ada Taman di samping Randy Pangalila, nama Elfira serta-merta melonjak naik termometer industri hiburan tanah air. Terbaharu, Elfira bakal berlakon di sisi pelakon popular sinetron Benci Bilang Cinta, Baim Wong pula menerusi telefilem Untuk Terakhir Kali. Kini, dia tidak lagi digelar pelakon kanak-kanak sebaliknya bergelar heroin drama.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive