Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, September 19, 2012

Sharbinee bebas, tiada bukti jual perlawanan

image (9)

KUALA TERENGGANU –

Kemelut yang melanda penjaga gol pasukan Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli berhubung dakwaan menjual perlawanan ketika aksi skuad Penyu menentang Kedah, 1 September lalu akhirnya terungkai setelah dia dibebaskan daripada dakwaan itu…..

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Md Yusoff Md Zin berkata, sepanjang siasatan yang dijalankan ke atas Sharbinee, pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang membabitkan bekas penjaga gol kebangsaan itu menjual perlawanan sebagaimana didakwa.
Menurutnya, kes itu kini disifatkan sebagai berakhir dan ditutup setelah pihaknya memanggil semua yang terlibat termasuk beberapa pemain, pegawai, pengurusan serta jurulatih untuk diambil keterangan mereka.
“Kami telah menjalankan siasatan menyeluruh dalam tempoh lebih dua minggu dan mendapati tiada bukti atau dokumen yang boleh mengaitkan beliau (Mohd Sharbinee) berhubung dakwaan menjual perlawanan.
“Beliau (Sharbinee) tidak bersalah dan kes ini ditutup,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Dalam pada itu, Md Yusof turut memaklumkan pihaknya juga telah menjalankan ujian poligraf terhadap Mohd Sharbinee dan ia tidak menghasilkan sebarang reaksi yang ketara berhubung dakwaan ke atasnya.
“Dia telah memberitahu semua perkara yang benar kepada setiap soalan yang diajukan kepadanya,” katanya.
SPRM mula melakukan siasatan berhubung dakwaan salah seorang pemain pasukan Terengganu menjual perlawanan ketika skuad Penyu menentang Kedah selepas penjaga gawang Terengganu itu mengeluarkan kenyataan sanggup disiasat badan pencegahan rasuah itu bagi mempertahankan haknya pada 3 September lalu.
Sharbine didakwa menjual perlawanan apabila bekas penjaga gol kebangsaan itu dikatakan menjadi punca skuad Penyu kehilangan tiga mata penuh apabila sekadar terikat 1-1 ketika menentang pasukan Kenari pada 1 September lalu di laman sendiri.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive