Bila sekumpulan lelaki bersenjata bertindak zalim membunuh seluruh ahli keluarganya, Ali el-Sayed hanya mampu melihat dan ...cuba untuk menyelamatkan diri dengan melumur darah abangnya pada bajunya.
El-Sayed, 11, terpaksa melakukan tindakan berpura-pura mati itu selepas menyaksikan sendiri pembunuhan kejam ke atas ibu bapa dan empat adik-beradiknya.
Adik bongsunya, Nader, 6, ditembak di belakang dan kepala tanpa perikemanusiaan. Ali adalah seorang dari mangsa terselamat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di Houla pada 25 Mei lalu.
Lebih 100 penduduk kebanyakannya kanak-kanak ditembak dan ditikam hingga mati di rumah mereka sendiri.
Kejadian pembunuhan kejam itu menyebabkan negara antarabangsa mengutuk keras kepimpinan Presiden Bashar al-Assad yang didakwa sebagai dalang utama mencetuskan keganasan selepas revolusi kebangkitan rakyat
pada Mac tahun lalu.
keganasan tersebut didalangi oleh kumpulan lelaki bersenjata dikenali sebagai shabiha.
yang direkrut dari puak Alawite (penyokong kuat Assad) yang bergerak secara rahsia melakukan pembunuhan, penderaan, serangan balas bagi pihak kerajaan
Sumber : Sinar harian
No comments:
Post a Comment