Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Sunday, June 24, 2012

Laman padi unik memuku

 bagaikan tidak lengkap kunjungan anda ke Laman Padi sekiranya tidak....
mengambil peluang menyelami kehidupan seorang pesawah. Hanya dengan bayaran RM5-RM10 (bergantung kepada aktiviti) untuk seorang pelancong tempatan manakala RM5-RM10 untuk pelancong asing, pengunjung sudah boleh menyertai pelbagai aktiviti sawah bermula dari mencabut semaian sehinggalah menuai padi. dikenali sebagai Laman  Variati (salah satu bahagian di Laman Padi), ia membuka ruang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman sebagai seorang pesawah sebenar.

Mungkin terasa bimbang sekiranya kedatangan mereka ‘tidak kena’ pada masanya berikutan musim menanam dan menuai padi dilakukan dua tahun sekali. Namun, usah risau kerana padi di sini ditanam secara berperingkatperingkat bagi memastikan tanaman tersebut sentiasa ada untuk tujuan lawatan, kata Rosdy. “bila-bila masa sahaja pengunjung datang, mereka berpeluang merasai pengalaman kehidupan seorang pesawah kerana padi di sini ditanam secara berperingkat-peringkat.

“Selain itu, tanah di Laman Padi ini dibahagikan kepada dua bahagian, untuk kaedah penanaman tradisional dan selebihnya adalah moden. Jadi, pengunjung bertuah kerana dapat melihat kedua-duanya sekali,” katanya. Bukan sahaja aktiviti sawah, malah keseronokan menyerkap ikan, membajak sawah menggunakan kerbau, mempelajari cara menyemat atap rumah dengan menggunakan daun nipah serta kuih-muih berasaskan beras, tentunya memberi  keseronokan berganda kepada pengunjung.

Agak janggal bunyinya apabila diberitahu Laman Padi ini turut menghamparkan pemandangan sawah padi di atas bangunan. Kebiasaannya sawah padi terletak di tanah lapang namun inilah keunikan dan kelainan yang terdapat di  Laman Padi. Boleh dilihat di sudut Galeri Padi, panorama unik ini seharusnya tidak disia-siakan kerana bukan mudah untuk melihat penanaman padi yang ditanam secara bertingkat di atas bangunan.

Selain hamparan sawah padi, pemandangan pengunjung juga akan turut diserikan dengan landskap tanaman herba seperti pokok tongkat ali, kacip fatimah, serai dan lidah buaya. di sini, pengunjung berpeluang menambah  pengetahuan mengenal jenis-jenis pokok herba yang baik untuk kesihatan seperti merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.
Suinar harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive