Penyanyi dikir barat popular Kelantan, Mohd. Hafiz Jeffri atau lebih dikenali sebagai Kajol berjanji...
akan mengubah sikapnya yang suka berperwatakan seperti perempuan ketika melakukan persembahan selepas Mahkamah Tinggi Syariah menolak rayuannya terhadap hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara lima bulan.
Mohd. Hafiz, 26, berjanji akan insaf secara perlahan-lahan dan cuba mengurangkan persembahan dikir barat kerana sedar mahkamah turut memerintahkan dia berkelakuan baik selama setahun jika tidak mahu dipenjarakan.
Sumber : utusan
No comments:
Post a Comment