Sudahlah bergelut dengan kecederaan buku lali,.....
Datuk Lee Chong Wei menerima gangguan psikologi terbaru, hanya 46 hari menjelang Sukan Olimpik London apabila penguasaannya sebagai pemain No. 1 dunia selama 191 minggu akhirnya ditamatkan seteru ketat, Lin Dan pada ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.
Masalah kecederaan yang menyebabkan pemain berusia 29 tahun itu tidak dapat beraksi pada Siri Super Premier Terbuka Indonesia, minggu lalu membuka laluan kepada Lin Dan untuk merampas kembali takhta No. 1 yang telah dipegang dari 2004 hingga 2008, sebelum dirampas oleh Chong Wei pada 21 Ogos, 2008.
Biarpun kalah mengejut kepada Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia pada Grand Prix Emas Terbuka Thailand, awal bulan ini, namun kejayaan mara ke separuh akhir sudah cukup untuk melonjakkan Lin Dan ke tangga teratas dengan mengumpul 93,313 mata, mengatasi Chong Wei 91,898 mata.
Sumber ; utusan
No comments:
Post a Comment