Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, May 14, 2013

Kenapa Kaum Lelaki Mimpi Basah.?.

pi-basahAnak lelaki yang sudah memasuki masa akil baligh, biasanya akan mengalami mimpi basah. Untuk pertama kali, hal ini mungkin terasa pelik, tapi ini adalah hal yang wajar. Mengapa lelaki mengalami mimpi basah?

Mimpi basah (orgasme spontan) atau dalam dunia perubatan dikenali dengan pembebasan nokturnal, merupakan pengeluaran cecair semen (air mani) di waktu tidur yang biasanya berlaku ketika seorang lelaki sudah memasuki masa akil baligh.
Diambil dari YoungMensHealthSite, pelepasan noktural biasanya terjadi kerana adanya peningkatan hormon testosteron atau kelebihan cecair semen yang tidak dikeluarkan melalui hubungan seksual dan melancap.
Pembebasan noktural ini terjadi kerana adanya tekanan atau stimulasi pada alat kelamin oleh kasur atau peralatan tempat tidur, mimpi erotis, kandung kencing penuh atau kenangan dari aktiviti atau minda seksual.
Mimpi basah ini terjadi pada ketika seseorang itu mengalami tidur dalam atau tidur REM (gerakan mata cepat atau rapid eye movement), iaitu tahap tidur yang mana mimpi terjadi. Yang kemudian tindakan pantas respirasi dan aktiviti otak meningkat, serta otot-otot menjadi lebih rileks, yang ditandai dengan gerakan bola mata yang cepat.
Pada ketika tidur dalam itu, lelaki biasanya mengalami ketegangan zakar sekitar 3-5 kali. Bila ia mengalami stimulasi kelamin atau mimpi erotis, maka mungkin terjadinya ejakulasi atau orgasme semasa tidur, atau yang disebut dengan mimpi basah.
Kebanyakan lelaki mengalami pelepasan noktural ketika remaja atau dewasa muda, sekitar usia 20-an dan 30-an tahun. Tapi tak jarang pula lelaki dewasa tua yang mengalaminya.
Frekuensi pelepasan noktural boleh sangat berbeza di antara lelaki, bergantung pada usia dan status perkahwinan. Diambil dari TimesOnline, remaja usia 15 tahun rata-rata mengalami 0,36 kali seminggu atau sekitar 1-2 kali sebulan. Sedangkan orang yang sudah berkahwin usia 50 tahun boleh mengalaminya 2 bulan sekali.
Frekuensi ini cenderung berkurang seiring usia. Tapi banyak lelaki yang terus mengalaminya hingga usia 70-an tahun.
Seorang remaja mungkin mempunyai kesukaran mengingat mimpi atau merasa bingung ketika mengalami mimpi basah. Beberapa orang bangun kerana berasa rimas ketika tempat tidurnya basah. Tapi hal ini sepenuhnya normal dan tak perlu malu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive